Kapal Terbang Terhempas

Monday, 19 May 2014

Random : Malas, malas dan malas.

Assalammualaikum...

                           Pernah rasa malas? Yes, akulah tuh, semua aq malas sekarang. Malas belajar, malas makan, malas tidor, malas nak jalan... semuanya malas. Aku pun tak tau kenapa. Entry kat blog nih banyak kat dalam draft, tunggu aq edit sana sini jer. Tapi, aku malas. Aku tak tau kenapa.


Haishhhhhhh, aku harap malas nih hilang. Nak siapkan entry tertunggak-tunggak tuh.. huhuhuhu

Tuesday, 22 April 2014

Pengalaman Temuduga/Interview TESL, UITM.

Assalammualaikum....



      Dengan bangga akhirnya berjaya jugak aku tulis entry ini dengan menggunakan tab. Bleh, dah la panjang giler entry kali nih. Tanpa membebel panjang aku nak share pengalaman aku sebelum memori manusia yang lemah terus buat kong. Almaklumlah, beta nih dah tua.

8.30 A.M

Aku sampai awal sangat sebenarnya, bukan 8.30, sebaliknya, 7.45. Bhahahaha, bangga tak, masa tuh kampus uitm Padang Lalang nih sunyi sikit. Aku terus tanya pak guard tuh mana ujian tesl diadakan. Khabor pak cik guard tuh tengok list nama kat papan kenyataan tuh dulu. Ok bagus, aku dalam panel 3, dan lagi bagus aku no.25. Orang last tuh, ok, aku sakit hati sebenarnya. Apa pasai dia tak kasi aku no.1 ker 2, ker. Ish.

Lepas tuh dengan sukacitanya ada seorang pakcik nih umum peserta-peserta tesl masuk dalam dewan, untuk ujian bertulis. Ngeee, ngilu sikit hati aku masa nih. Orang lain dok risau pasal ujian oral nanti tapi aku terbalik. Aku lagi risau dengan ujian bertulis aku nih nanti. Eh, you knowlah, aku lagi suka bercakap dari tulis. Ahaks.



Masuk-masuk peserta lain, nampak macam gelisah. Kertas dan soalan ujian dah ada kat atas meja. Color soalan ujian tuh color ungu, aha, i loikeee. Suka tul aku tengok warna ungu pepagi buta nih. Tenang hati beta yang tengah gundah gundala nih.

"Ok you may start now". Kata penjaga ujian tuh. Bukak-bukak, errr.. nih hah ada 2 bahagian. Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ada 15 soalan kefahaman, bahagian B soalan essay, words, aprroximately 250. Ok, aku takde masalah dengan ayat approximate dia tuh. Memang brain aku tengah kontang nih. Hish.

10 minit berlalu....

Alamak, apa nih, tengok orang kanan,  dah 2 soalan dia jawab. Tengok orang kiri, muka macam confident tapi dia sendiri macam termenung bodoh kat kertas tuh. Bhahahaha. Tak baik betul aku nih. Sendiri pun tak jawab lagi. Aku bukan termenung. Brain aku tengah process karangan kefahaman dia bagi nih. Korang tau tak ujian ICAS? Boleh bayangkan tak ayat dia susah macam tuh. Dah lah tanya pasal pembentukan padang terbiar. Lebih kurang cakap Malaysian nih tak sedar diri asyik tebang sana sini pokok, lepas tuh, tanam pokok ikut suka hati tanpa tahu tanah tuh sesuai ker tak dengan pokok tu, boleh ker pokok tuh hidup tanah sebiginih. Dan akhirnnya bila tak sesuai crops pun jadi failure dan tanah pun terbiar macam tuh. Jadilah padang jarak padang terkukur. Lepas tuh ada lagi lah, yang lain-lain lagi. Aku tulis nih ikut ayat kefahaman aku. Korang punyer otak lain, lol kalau ada saper peserta tesl yang terjumpa blog aku. Manalah tau kefahaman korang lagi power dengan aku kan. Jangan gelak plak.

Bahagian B, soalan essay dia macam nih. Snatch theft become rampant in Malaysia. Discuss ways to prevent this cases. Begitulah ayat dia yang aku ingat dari memori manusia aku nih. Ok, aku tulis satu page jer. Dengan tulisan besar gabak aku tuh. Aku tengok orang kiri kanan dahlah tulisan kecik lepas tuh aku tengok macam tak cukup kertas jerh aku tengok diaorang tulis. Gila ah korang, nak buat ujian SPM balik ker. Hahaha. So, aku kira lah berapa banyak words aku. Yerlah padan muka saper suh tengok orang kiri kanan, godaan syaitan betul. Puih. 235 words, hmmm oklah, arahan tuh pun cakap nak aprroximately 250 words. Lol. Tapi ayat terakhir aku takleh blah. Aku macam teringat ayat. Cikgu BM aku, cikgu Haryati Jamin. "Ingat yer anak-anak, pada perenggan terakhir, akhirkanlah ayat dengan slogan yang mantap dan berkaitan dengan karangan". So, ayat akhir aku dalam karangan tesl aku tuh, "Together we united for love and peace". Bila ingat balik sekarang rasa macam nak slap diri sendiri. Ish, apsal aku tulis macam tuh? Tapi sekarang aku tak boleh berpatah balik. Let bygone be bygone.

Frankly to speak, i'm wasting my time in comprehension for 40 min, and essay in 20 min. Giler.

9.30 A.M

Ok, sekarang ujian oral plak, iaitu ujiam temuduga lah yang korang selalu dok risau tuh. Aku langsung tak risau. Aku pun tak tau kenapa. Ngeee, bukan berlagak tapi, entah. Dah biasa kena maki dengan cikgu B.I aku dulu kowt. Eh, apa kaitan dengan temuduga? Hahaha. Peserta lain semua tanya aku no berapa , aku cakap aku yang terakhir. Lepas tuh tuh boleh plak cakap bestnyaaaaa. Hoi, apa yang bestnya weyh. Aku dengan rela tukar no dengan korang tau tak. Being a last person is no fun at all. Aim aku nak abis awal lepas tuh boleh aku berjimba kat bandar kuantan. Key, nampak tak otak tak serius aku nih. Boleh lagi aku berfikir nak gi jenjalan masa orang lain dok nervous.



Aku chatting dengan peserta-peserta lain, borak datang mana. Orang terengganu banyak. Tapi, bila diaorang cakap bahasa ganu diaorang tuh terus brain aku shut down. Well, my dialect limits in Pahang only. Itu pun tinggal kat Pahang orang cakap aku nih orang KL. Memang aku cakap KL, ngiahahaha, sebab family aku cakap tanpa dialek, aku pun, well yeah, enviroment aku membesar. Nak buat camna.

At last, selepas penantian yang lama, uitm tuh pun dah sunyi tau tak. Grrrr, itu yang aku cakap, being a last person is no fun at all. Tingg, bell berbunyi, ok bermakna penemuduga tuh panggil aku. Bela rambut , check, tengok makeup, perfect. Tengok kuku, ok bersih. Dengan lafaz bismillah, ku melangkah dengan kaki kanan masuk dalam makmal komputer yang sejuk beku sebab aircond. Bagus, aku suka sejuk, cita-cita aku masa kecik dulu nak bina rumah kat antartika. Bhahaha. Mengarut abis cita-cita aku dulu.

Q : Youre the last person, so, we don't want to wasting your time we will ask a simple question ok?
A : Ok.
Q : Tell us where are you from?
A : Kuala Lipis.
Q : Oh, so you're the second Siti Nurhaliza, you look a bit like her.
A : No, i can't sing. But rapping yes. (LMAO, apsal dia cakap aku macam siti plak. Rapping tuh kalau mellow rapping ok lah, kalau rapping R&B its a big no no.)
Q : *laughing* So, tell us about yourself.
A : As you know my name is Lula, i was born in 19**, i'm going to kingdergarten when i was 3 years old, i was graduated from SK Benta and graduated from SMK Clifford. My hobbies are watching television, and reading books. For readings, i love read Harry Potter series, Twilight series which is obvious that i love fantasy genre. I also read some magazines, like REMAJA, RAPI, and WANITA. For television, i only watch it for intertainment, i really enjoyed myself with disney channel, cartoon network, national geography and so on. So thats all about my self . *Smirk like Kai*
Q : So, what are you parents doing?
A : Oh, my father like a supervisor, he work for Felcra. My mum just like a typical women, a full-time housewife.
Q : So, do you choose TESL because you want to be a teacher.
A : Honestly i want to say, i have zero interest for being a teacher. For me when you learn English does not mean you have to be a teacher. I choose this programme because i want to improve my English, i want to talk smoothly and fluently. I want to have a social with a people that can talk English with me in 24 hours. That why i choose this course.
Q : If you want to improve your English you don't have to choose this course, this is your first choice in UPU right?
A : Yes! ( i got a bit mad , because he ask me with a judging stare but my voice don't raise when i answered them)
Q : So, you second choice in UPU?
A : Management in tourism.
Q : This course also, will teach you how to speak English too, why do you very interested with this Tesl programme?
A : ( Alamak, diaorang nih nak aku kasi soalan paling jujur aku ker?)  You see, i have my own vision with my future, i choose this tesl course because this course required only one year in study, after that i can continue my study with degree in tourism. Frankly to speak that i can save my time, money, and get a better live if i graduate earlier. ( aku kalau boleh tak nak kasi jawapan nih, sebab terlalu jujur)

Interviewers tuh terdiam sejenak. Angguk kepala and then bisik- bisik dengan penemuduga perempuan kat sebelah dia tuh. Selak-selak sijil aku sambil angguk-angguk lagi. Aik, terus nak buat keputusan ker sama ada aku diterima ker tak?

Q : Hmmm, owh, you have your own vision, hmm thats good. So, Pahang darul makmur right? How about N.sembilan.
A : Darul khusus. ( jawab tanpa berfikir, nasib baik betul, serius. Soalan common macam nih kalau zaman aku tadika dulu dapat lah jawab, sebab yerlah bebudak. Sekarang nih macam-macam nak sumbat dalam kepala otak nih, lagi-lagi memikirkan duit minyak kereta aku. Hahaha)
Q : You said that you watch tv and reading for entertainment. So what you get?
A : You know, even i watch and reading for entertainment does not mean that i doesn't know at all about world. From entertainment i can know fashion, issues trending, moral about the event, technology and so on.
Q : What are the best topic that you like from what you have said.
A : Technology, i love talked about camera.
Q : Selca? *laugh*
A : No, i don't think all teenagers are same. I admit that i have a few selca but my point about camera is about their characteristics, performances, quality in the camera and so on. I'm a expert about this topic. ( okay, ceh, mentang2 remaja sekarang suka selca. Kkkk)
Q : Ok, we think that's all. Do you have any question that you want to ask?
A : Yes.

And the interview got vice-verse.

Q : Actually what are the characteristics of student that you want for this course?
A : Well, of course we want that fluently speak in English, not just fluently but, confident. Any more question?
Q : No, because my question got answered in the earlier interview. So, that's all.
A : Oh, ok, its nice to meet you. I wish you good luck.

Aku pun cakap terima kasih shaking hand with them. Alamat tak baik. Good luck bermaksud bad luck. Kalau dia cakap we will see you soon ker or benda lain ker. Aku tau, masa tuh juga diaorang akan terima aku. Aku terfikir gak, mungkin jawapan terlalu jujur aku tuh mengubah segala presepsi diaorang terhadap aku. Hmmm. I guess aku tak boleh nak ubah apa-apa sekarang. Hahaha. Jujur pun salah, menipu pun salah. Halahaih dunia.

Masuk kereta kening aku tengah berkedut memikirkan apa kesalahan aku sampai abah tegur, "kenapa? Tak okey ker tadi?" Malas nak merisaukan hati tua abah aku, aku berdalih, " taklah tadi orang temuduga tadi cakap muka efa macam siti nurhaliza. Ada rupa ker abah?" 

So far... hmmm, aku tak tau nak cakap apa, nampaknya aku kena amik diploma lah nampaknya. Huh, bazir masa aku.. duit lagi... heh.

P/S : Apa yang aku tulis kalau ada grammar error ker ayat error ker, aku tak peduli, sebab aku taip guna tab. Nanti aku dah beli lappy baru aku betulkan balik.

Edited : 27/04/2014. Grammar salah... aku biarkan. Menunjukkan kemampuan aku bercakap english. lol.

Thursday, 13 February 2014

Random : Pengkhianatan yang Tiada Penguhujungannya.

Assalammualaikum...

                               Aku nak cakap pasal pengkhinatan hari nih. LOL. Untuk sesi random nih aku nak cakap benda yang aku nampak atau benda yang aku buat. Nampak sangat kau takde bahan nak update benda lain kan Lula. Ngiahahahhaa.

Baek, kau marah aku ker sebab besarkan kepala kau? Maaf lah, ini sesi khianat. Maka terpaksa ku khianatkan kepala mu.

  • Tadi, masa kat bandar aku nampak ada kucing liar duduk kat atas pasu pokok apa tah. Aku ingatkan dia nak buat benda. Cium sana cium sini. Pastuh siap korek sana korek sini. Then, selamba badak jerh kucing tuh kencing kat pokok tuh, siap berak lagi. Khianat sungguh. Kalau tahu tuan punyer pokok tuh, mampus dihambatnya kucing tuh.
  • Jiran sebelah rumah aku nih selalu prengg motor dia. Aku tak kesah dia nak prengg motor dia kunun nak panaskan enjin. Tapi kalau pukul 1 pagi or 7 pagi keatas tuh biasanya masa aku tidur weyh. Biasalah aku nih noctural sikit. Kalau prengg sikit-sikit takperh lah, tapi beria-ria sangat macam nak cek motor dia tuh boleh jalan ker tidak. Kengkangdang aku hangin, aku balik rumah memalam tuh aku pun me'vrooommm' kan injin kereta ku. Tahu pun kau nak marah sebab aku ganggu tidur kau. Bila aku ungkit pasal motor dia tuh, tahu pula kau terkedu. 
P/S : Harap jerh motor biasa, tapi bunyi macam motor injin besar. Ceh, bukan aku sorang jerh komplen kat kawasan perumahan nih.

Aku cubit dia nih kang, hehehehe.

  • Boleh cakap aku nih peminat fanatik Harry Potter. Kalau aku banyak duit, dah lama aku terbang gi London tangkap gambar dengar Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint and so on. Apakah daya, nak tuang duit minyak pun tergagau-gagau duit dalam dalam dompet, inikan nak pergi London. Heh, in your dream Lula. So, sekarang nih ada khianat dari segi financial.

  • Khianat kat diri-sendiri, kengkadang aku janji nak buat sesuatu kat diri aku, tapi tak ditunaikan sampai sekarang. Apalah nak jadi dengan aku nih. Hmmm

  • Tipu aku cakap kalau setiap orang takder impian, kengkadang aku terfikir, bila aku nak jadi kaya? Bila aku bina syarikat sendiri? Bila dan bila tak pernah ada penghujungnya.


Tuesday, 11 February 2014

Review : Maybelline Dream Matte Mousse

Assalammualaikum...

                               Aku nak buat review sikit. Sebelum nih macam-macam benda aku nak buat review, tapi masalahnya bukan aku sendiri yang guna barang-barang tersebut. Tidak lain tidak bukan bonda kesayangan ku yang menggunakannya, so, baik tak payah buat review. Sementara aku ada masa, dan kebetulan pula ada barang yang nak di review, selain tuh juga aku nak share produk-produk kecantikan yang aku selalu guna.


Well lets say... since i'm toooo fair, i have problem choosing the correct shade for my skin. The problem is, the Watsons outlet that i go recently only sell 8 shade.... huwaa ok snap it. 
  • I have oily skin, when i used bb cream after 2 or 3 hours it will crack, your powder will look like a half-dryied flour. Well, with matte it stop all my problem. My face look like a newborn baby, i even dont use my compact powder when i use matte.
  • I have several problems like black pore at my T-zone, white pore at the zone near with my nose. Its look like a chicken skin sometimes when i use my compact powder. But, matte solve my problem.
  • I dont have concealer. Instead to cover my 'panda'-eyes, i use matte as concealer. 2 THIN layers yaww!!! Its work!!!
  • It feel light at your skin. Its like you in your bare face! I love the feeling. It like my skin have room to breathe.



Imma rather used fingers than brush. Why? Because, every time i used brush the bits will fall before it reach to my face. Since this matte half-dry and half-liquid (thats why some of them fall) Its irked me to the hell and what the waste. This product cost RM 39.90. Gah... although my mum payed for this, but imma being the one 'Who-Like-Haji-Bakhil'  to buy new make-up. LOL. So, i rather used my ring finger to cover up my face and taddah!!!! Newborn Baby Faceu ^^

The others shade.

My skin suitable for Ivory family. But since imma my skin like yellowish and fair. The most suitable shade for me is Light Ivory : Light 0. But now, i'm using Light Ivory : Light 2. So, i will buy the decent shade after i'm finish using the recent matte.


Comes with liquid too.

MY OTHERS PRODUCT.


My skin product almost cames from Maybelline family and SilkyGirl. Gah... imma just a simple girl. I dont always use make-up. Even if i wear make-up too heavy. My face looks like old woman than teenage girl. And i admit that imma also dunno how to use make-up. Ahahahaha.

The collection of bb cream.

Blusher, eyeshadows and compact powder.


  1. Its like liquid eyeliner. But the different is the color is gold!
  2. Since i have big eyes and double eyelids. I use brown color liquid eyeliner.
  3. This from my mum. Stick, black eyeliner. I dont use this often, cause it will make my eyes looks big and weird.
  4. I love this!!! Coffee brown eyeliner and white from SILKYGIRL.


My collection for lip from MAYBELLINE, MENTHOLATUM and VASELINE. I will buy lip tint one day. To get the pretty gradient effect. kekekeke.


P/S : Bila dah abis tulis nih.... baru aku sedar... macam rojak plak bahasa aku. Nak tukar rasanya malas pulak. So, biarkan jerlah.

Tuesday, 28 January 2014

Cara-cara Menanam Pokok Exotic

Assalammualaikum....

                                  Cik Lula An-Nada nak ajar korang tanam pokok exotic nih. Kalau salah jaga, kemungkinan besar akan membawa maut woo. Gambar nih bukan aku lukis, jauh bebenor sifat artistik nak ada kat tangan aku. Lukis orang lidi lepas lah. So, credit kepada owner dan tranlation. So, enjoy menanam pokok feberet anda. OMG! Comel betullah!

Owner : 木燃敷
Translation : Sayhunniee




Sunday, 26 January 2014

Homemade Bookmark.

Assalammualaikum...

                              Macam makanan plak penanda buku tuh, ahahahaha. Takperh yang pasti korang semua faham apa yang aku nak maksudkan, penanda buku buatan sendiri. Jimat, cantik, cute, eco-save, bla bla bla, yadda yadda yadda...ceh banyak pulak. Idea membuat self-made bookmark ini bukanlah datang 100% dari aku, so, kasi credit sikit kat diaorang berdua. Aku just renovate kasi lawa jerh, ahaks. Walaupun umur dah tua bangka, aku minat benda kawaii.



Bahan-bahan dia mudah jerh.

  • Kertas warna
  • Puncher
  • Pensel
  • Pembaris
  • Gam/gunting
  • Circle template
Inilah ghupo circle template. Tak sangka barang zaman sekolah dulu akhirnya ada gak guna lagi. Ini kalau nak buat bulatan lebih besar. Tapi kalau setakat nak buat mata jerh, tak pakyah lah mengedik nak pakai circle template. Pakai puncher sudahlah.



  1. I guna 8cm kali 8cm (segi empat sama), kalau nak buat lagi besar pun ok. Lipat kertas tersebut menjadi segi tiga.
  2. Ambil penjuru segi tiga, kiri dan kanan, lipat hingga bertemu penjuru bawah segi tiga.
  3. Buka kembali lipatan dan ambil lapisan pertama di penjuru bawah segi tiga dan lipat keatas.
  4. Lipat kembali lipatan di gambar ke-2 dan lipat hujung segitiga itu kedalam.
  5. Siap.
Okay, ayat aku macam keling, aku bet 100% orang tak faham arahan yang aku buat tuh, korang tengok gambar jerlah. Haish, fail betul aku bab-bab susun ayat arahan nih.

Ting! Jadi katak mata malas. I kasi kat adik i yang ini. Uolsss boleh hias ikut kreativiti sendiri.

Tengok, muat kan? Lepas nih cuba 12cm kali 12cm plak.

Kucing ada, pikachu ada, panda ada (tao tao!!!), bear pun ada. On the way, Doraemon. Yehet, yehet.

The inspiration of making that cute little things.
Credit for Irina for this pictures
P/S = Have fun and enjoy your reading!

Wednesday, 15 January 2014

Cameron Highland Siri Ke-2.

Assalammualaikum...

                               Seperti yang tertera pada tajuk dia atas (oh god, tatabahasa aku), ini adalah siri kedua ke cameron highland. Aku nasihatkan korang pergi tengok siri pertama sebab lagi detail, plus siri kedua nih sajerh mengedik sebab dah tak tau nak update apa. Lagipun cameron highland nih dah jadi rumah kedua aku, sebab aku suka cuaca sejuk. Kalau boleh nak tinggal kat sini terus, wahahaha. Tapi, bila fikir balik. Tak jadilah. Sebab kat sini pun dah tercemar dengan sampah sarap. Uhuk. Kesian aku nengok sungai, pelabagai sampah aku dapat lihat. Kat jalan raya lagilah, haih~~~.

Menuju puncak lah kononnya, eh.

Kononnya lah tabik kat photographer.

Aku tak tau pun selama nih pokok teh menghasilkan buah. Boleh makan tak agak-agak? Takpun boleh proses buat ubat urut, hahahah.

Mempromosikan baranggan teh? Eh, kau pekerja kat situ kerh dik?

Ewah tidak kurang hebat gak, mana boleh kalah kat adik sendiri.

Pelbagai variasi teh yang dapat dilihat. Dari premium, tak premium.



Eh, eh.. tongkat ali pun ada... wahahaha... my father beli yang nih, mesti rasa dia pahit. Kalau ginger tea mesti boleh kentut macam Giant. LOL. Joking.

Misai kucing? yang sebelah tuh pun high quality tea. Ewah, macam-macam lah pulak Cameron highland buat produk sekarang. hahahah.

Yang nih plak dalam satu paket at leats ada 3 perisa teh. Strawberry, anggur, lemon dan lain-lain lagi. So, takyah beli satu kotak/ 24 sac. Alah~~ nak rasa jerh kowt. Macam mana rasanya anggur campur teh.

Cantik kan kraftangan nih. I like~~~

Dan pelbagai lagi kraftangan.

Iklan sebentar~~~

Lawat kebun bunga Lavendar plak.  Gini ghuponya bunga Lavendar kalau tgk dari dekat.


Hola~~~~ yang merah tuh aku tak tau bunga apa. LOL.


Kau ingat kat Namsan Tower jerh ada padlock? Sini pun ada larh!!! Muahahaha. Bezanya sini ciplak.

Muka aku pun macam jagung dah aku tengok,

Apa kena dengan muka aku nih? Tadi macam jagung, sekarang macam muka kena langgar. Ish, sengal tul.

Aku berkenan tul kat baju sejuk nih. Tapi saiz aku tiada. Agagagaga, ish geram jerh aku nengok.


Monday, 6 January 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Assalammualaikum...

                               First entry untuk tahun baru aku adalah join Giveaway? Huhuhuhu... nak buat camna, baru hari nih hamba ada masa nak bukak blog. Bukak ajerh blog terus nampak ada Super mummy buat Giveaway. Dah lama gak tak join benda-benda ginih. Apa kata kita try.


Nak join? Senang jerh, klik banner kat atas dan ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Simple ajerh. Hadiah pun lumayan. Apa-apa hal terima kasih kepada syuhada1981.com kerana sudi menganjurkan giveaway nih.

P/S =  Rezeki masing-masing kalau dapat hadiah yang ditawarkan, betul tak?